My Add

Sunday 6 January 2013

Umat Islam mesti sepakat daulatkan agama

*MOHD. Noor Abdullah (kanan) bersalaman dengan Abu Zahar Ujang sebelum membentangkan kertas kerja dalam Seminar Mendaulatkan Islam Agama Negara di Pusat Islam Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR, SABTU, 05 Januari, 2013: Kerajaan memerlukan kekuatan majoriti dua pertiga di Parlimen supaya pindaan Perlembagaan dapat dilakukan dalam usaha untuk terus memartabatkan agama Islam.

Bagi mencapai hasrat tersebut, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim berkata, umat Islam di negara ini perlu sepakat dan bersatu dalam memilih kerajaan.

Jelas beliau, tindakan itu wajar kerana undang-undang sivil negara masih banyak terbelenggu dengan elemen peninggalan British.

"Mereka (orang Melayu) harus mengikhtiarkan supaya mereka mempunyai kuasa memindanya iaitu mendaftarkan diri sebagai pemilih dan memilih wakil-wakil rakyat yang boleh ada majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara supaya pindaan itu dapat diterima. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment