My Add

Thursday 17 January 2013

Undang-undang 'luar biasa'

Oleh AINUL ASNIERA AHSANdan METRA SHAHRIL MOHAMED
 KUALA LUMPUR, RABU, 16 Januari, 2013:Seorang tokoh undang-undang percaya sistem perundangan di Malaysia akan menyaksikan banyak perubahan pada masa depan selari dengan standard-standard perundangan moden.

Pengarah Pusat Pengajian Undang-Undang Asia, Universiti Nasional Singapura, Prof. Andrew Harding (gambar) berkata, perubahan itu dibuat atas sebab keselamatan negara selain kepentingan memastikan keselamatan rakyat.

Menurut beliau, perubahan itu menjadikan Malaysia luar biasa kerana mengurangkan skop perundangan dalam keselamatan negara.

"Dulu banyak negara mengkritik Malaysia kerana undang-undang keselamatannya. Tetapi kini, negara-negara itu juga seperti Malaysia terpaksa bekerja keras memperbaiki keseimbangan antara keselamatan dan melindungi kebebasan awam," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment