My Add

Thursday 17 January 2013

Penyokong Ramasamy berang

*SEKUMPULAN masyarakat India dari Taman Supreme mengadakan demonstrasi aman membantah keputusan pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP di Butterworth, semalam.

BUTTERWORTH, RABU, 16 Januari, 2013: Lebih 50 orang yang terdiri daripada masyarakat India dari Taman Supreme, Perai di sini mengadakan demonstrasi aman bagi membantah keputusan pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP pada Disember lalu yang disifatkan sebagai tidak telus.

Wakil kumpulan tersebut, M. Mathigalagan berkata, kekalahan calon bukan kaum Cina pada pemilihan tersebut jelas menunjukkan parti itu mengamalkan kuasa mutlak pemimpin tertinggi dan mengutamakan kroni mereka.

"Selama ini, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung, Lim Guan Eng selalu mengatakan DAP mendukung prinsip demokrasi dalam setiap perkara namun sekarang kita melihat mereka hanya melantik kroni untuk jawatan tertinggi dalam parti. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment