My Add

Friday 11 January 2013

URB mula beri impak positif banteras jenayah

JOHOR BAHRU. 10 Januari, 2013: Pelaksanaan Unit Rondaan Bermotosikal (URB), hasil inisiatif kerajaan dalam usaha membanteras kegiatan jenayah mula menunjukkan impak positif biar pun belum sampai sebulan dilancarkan.

Pengerusi Urus Setia Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Datuk Wira Ayub Yaakob bagaimanapun menyifatkan masih terlalu awal untuk pihaknya memaklumkan sama ada pelaksanaan URB memberi kesan atau sebaliknya.

Menurut beliau, ini kerana pada peringkat awal penubuhannya, mereka perlu menyesuaikan diri dengan operasi yang ditetapkan dan cara untuk berinteraksi dengan masyarakat di kawasan rondaan mereka.

“Secara keseluruhan URB memberi impak positif, namun beri kita sebulan atau dua bulan lagi untuk mengetahui keberkesanan penubuhan unit ini," katanya kepada pemberita selepas Sesi Dialog Bersama Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment