My Add

Friday 11 January 2013

Warga emas pula tagih janji

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS
SHAH ALAM, KHAMIS, 10 Januari, 2013: Selepas hampir 17,000 rakyat negeri ini menuntut Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor memenuhi pelbagai janji manifesto pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) yang masih belum ditunaikan, kini giliran warga emas pula mengambil tindakan menyaman kerajaan negeri bagi menuntut caruman takaful yang dijanjikan dalam manifesto yang sama.

Seramai 2,000 warga emas dari negeri itu mahu membuat tuntutan daripada kerajaan negeri berhubung caruman takaful sebanyak RM2,500 yang dijanjikan mereka semasa kempen PRU-12.

Menurut wakil kumpulan warga emas tersebut, Yem Ismail, 60, pihaknya terpanggil membuat tuntutan melalui saman di mahkamah setelah menunggu hampir lima tahun untuk Kerajaan PKR Selangor memenuhi janji tersebut.

"Setelah hampir lima tahun mentadbir Selangor, langsung tiada khabar berita mengenai janji manifesto untuk memberi perlindungan takaful kepada warga emas di Selangor daripada pihak kerajaan negeri," katanya dalam sidang akhbar di Seksyen 18 di sini hari ini. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment