My Add

Tuesday 22 January 2013

UTP-University of Southampton tingkatkan kerjasama akademik

KUALA LUMPUR, ISNIN, 21 Januari, 2013: Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan University of Southampton menandatangani memorandum persefahaman (Mou) bagi meningkatkan hubungan dan kerjasama dalam bidang pengajaran, penyelidikan dan pertukaran akademik.

Naib Canselor UTP, Datuk Dr. Abdul Rahim Hashim berkata, perjanjian itu membuka jalan bagi kedua-dua pihak menjalin kerjasama khususnya dalam bidang penyelidikan dan akademik.

"Kerjasama ini meliputi beberapa perkara antaranya perkongsian maklumat, kegiatan akademik dan saintifik seperti seminar dan persidangan, pertukaran akademik dan pelajar serta perkongsian geran penyelidikan dan pembangunan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani MoU itu di Kelab Petroleum Malaysia, Menara Berkembar Petronas (KLCC), di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment