My Add

Tuesday 22 January 2013

Hantar pegawai siasat kerosakan kolej matrikulasi di seluruh negara

ALOR GAJAH, ISNIN, 21 Januari, 2013: Kementerian Pelajaran akan menghantar pegawai khas ke 13 buah kolej matrikulasi di negara ini bagi melakukan siasatan menyeluruh terhadap keadaan dan punca kerosakan yang terdapat pada bangunan institusi berkenaan.

Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kementerian menyalurkan peruntukan RM1 juta kepada kolej-kolej matrikulasi yang terlibat sebagai peruntukan awal bagi menjalankan kerja-kerja membaiki asrama, pendawaian dan perpaipan.

Menurut beliau, ini berikutan kebanyakan kolej matrikulasi telah lama dibina menyebabkan berlaku banyak kerosakan termasuk kulat, keretakan kecil serta masalah bekalan air.

"Hari ini saya mengumumkan peruntukan RM1 juta untuk Kolej Matrikulasi Melaka sebagai peruntukan awal membaiki asrama, pendawaian dan perpaipan, khususnya untuk keselesaan pelajar . UTUSAN

No comments:

Post a Comment