My Add

Saturday 19 January 2013

Wajar beri pengiktirafan kepada pelajar PMR cemerlang: Najib

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 18 Januari, 2013: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, semua pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) wajar diiktiraf.

Beliau berkata, pelajar-pelajar ini dari seluruh negara wajar mendapat bantuan kewangan untuk melanjutkan pelajaran.

"Pelajar-pelajar cemerlang wajar diiktiraf walau di manapun. @barisanasional beri insentif kpd 2,000 lebih pelajar cemerlang PMR di P.Pinang," katanya dalam tweet terbaharu hari ini.

Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang akan memberikan insentif wang tunai berjumlah RM475,200 kepada 2,376 pelajar cemerlang PMR 2012 di seluruh negeri mulai Sabtu ini.

Menurut Pengerusi Program Insentif PMR Pulau Pinang, Koh Wan Leong, pemberian wang tunai itu sebagai insentif kepada pelajar mengekalkan pencapaian baik pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kelak.

Majlis penyampaian hadiah insentif akan diadakan pada 19 hingga 31 Jan di lokasi terpilih. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment