My Add

Saturday 19 January 2013

Tindakan tegas perlu dikenakan ke atas Patrick Teoh: Khairy

ALOR SETAR, JUMAAT, 18 Januari, 2013,: Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata tindakan tegas patut dikenakan terhadap pelakon, Patrick Teoh yang menghina Islam dalam laman Facebooknya, baru-baru ini.

Beliau berkata walaupun Teoh memohon maaf setelah menyedari kenyataannya mendapat kecaman banyak pihak, ia tidak boleh diterima begitu sahaja, tanpa ada tindakan susulan yang lebih tegas.

"Dah sampai tahap terlalu kesat, kita tak mahu lepas ini sesiapa sahaja menghina Islam kemudian minta maaf begitu sahaja. Dia patut dipanggil pihak berkaitan dan disoal siasat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pergerakan Pemuda Umno Kedah, di sini hari ini.

Beliau berkata tindakan pelakon yang sinonim dengan watak komedi itu telah mengguris perasaan umat Islam dan Teoh wajar dikenakan tindakan mengikut peruntukan undang-undang.

Khairy mengulas kenyataan kesat Teoh yang menghina Islam termasuk memperlekeh amalan solat dan menutup aurat wanita Islam sebagai reaksi terhadap tindakan kerajaan PAS Kedah meletakkan syarat kepada peserta yang terlibat dengan persembahan pentas majlis sambutan 1Malaysia Tahun Baru Cina 2013 di negeri ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment