My Add

Monday 7 January 2013

Wanita diselamatkan selepas 11 hari diculik dan dikurung

IPOH, ISNIN, 07 Januari, 2013: Seorang wanita berusia 52 tahun berjaya diselamatkan selepas 11 hari diculik dan dikurung sekumpulan empat lelaki bersenjatakan pistol.

Wanita terbabit diselamatkan oleh pasukan khas polis pada jam 9.45 malam semalam selepas berjaya dikesan disembunyikan di bekas tapak penjualan susu getah iaitu di Kilometer 76, Jalan Sitiawan-Taiping dekat Trong.

Wanita terbabit diculik sejak 26 Disember lalu dan kumpulan terbabit turut meminta wang tebusan RM30 juta.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan dalam sidang medianya berkata, dua penjenayah terbabit berusia 30 hingga 40-an berjaya ditembak ketika kejadian berbalas tembakan dalam operasi menyelamatkan mangsa. - BH

No comments:

Post a Comment