My Add

Tuesday 8 January 2013

Warga asing terjun ke laut elak ditahan imigresen

TAWAU, SELASA, 08 Januari, 2013: Seorang lelaki yang identitinya belum dikenal pasti dan bekerja sebagai buruh di Pusat Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Tawau dikhuatiri lemas selepas terjun ke dalam laut ketika mengelak daripada diberkas anggota Jabatan Imigresen.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Rudy Fredzek berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 11.44 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian bersama sembilan anggota dan pegawai.

"Pada jam 12.30 tengah hari, seorang penyelam kami memulakan selaman untuk mencari mangsa di kawasan kali terakhir mangsa dilihat oleh orang ramai. Keadaan laut bergelora dan arus deras di sebelah bawah menyukarkan pencarian di tempat kejadian," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Selain bomba, anggota dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Polis Marin, Jabatan Pertahanan Awam dan polis turut terlibat dalam operasi mencari mangsa.

Seorang saksi, Duis Hak, berkata, lebih 10 pekerja buruh di CIQ terjun ke laut sebaik menyedari pihak Jabatan Imigresen membuat pemeriksaan di situ dan berselindung di sebalik feri penumpang yang sedang memunggah barang untuk ke negara jiran ketika berada di dalam air.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment