My Add

Tuesday 8 January 2013

Warga Perancis ditemui mati di hotel

SANDAKAN, SELASA, 08 Januari, 2013: Seorang warga Perancis ditemui mati di dalam tandas sebuah hotel di sini semalam dengan kesan kelar ditangannya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Supt. Fadzil Mohd. Ali berkata, mayat Clement Maxime Benjamin Barre, 29, ditemui seorang pekerja hotel kira-kira pukul 7.40 malam.

"Pekerja hotel berkenaan menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan kesan kelar di tangannya dan kematiannya disahkan petugas ambulans Hospital Duchess Of Kent yang dipanggil berhubung kejadian itu,” katanya.

Beliau berkata, mangsa juga dipercayai meninggalkan sekeping nota yang ditulis dalam bahasa Perancis.

Mangsa dilapor tiba di Sabah pada 5 Disember dan menginap di hotel tersebut Jumaat lalu. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment