My Add

Friday 25 January 2013

Zahid Hamidi saman Rafizi kerana memfitnahnya

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 25 Januari, 2013: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini memfailkan saman terhadap Pengarah Strategi PKR, Mohd. Rafizi Ramli berhubung artikel di dalam blognya yang didakwa berunsur fitnah, palsu dan tidak benar.

Saman itu dikemukakan berhubung artikel yang mengaitkan beliau dengan seorang ahli perniagaan karpet, Deepak Jaikishan.

Ahmad Zahid selaku plaintif berkata, perkataan tersebut antaranya membawa maksud beliau tidak kompeten, salah guna kuasa sebagai Menteri Pertahanan dan tidak jujur.

Menteri Pertahanan itu antaranya menuntut ganti rugi am dan khas bagi fitnah bertulis, ganti rugi teladan dan melampau serta menarik balik sepenuhnya kata-kata fitnah itu.

Saman tersebut difailkan di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pukul 9.20 pagi ini melalui firma guaman Tetuan Majid Krishna Menon & Lee. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment