My Add

Friday 25 January 2013

Pastikan BN menang majoriti besar - Pairin

TAMBUNAN , JUMAAT,25 Januari, 2013: Parti Bersatu Sabah (PBS) yakin Barisan Nasional (BN) akan terus diberi mandat untuk membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) apabila parti itu semakin mendapat sokongan dan kepercayaan rakyat negeri ini.

Presiden PBS, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan bagaimanapun berkata, semua ahli parti komponen BN perlu bekerja keras dan berusaha bersungguh-sungguh bagi meningkatkan majoriti kemenangan BN di Sabah.

"Ia harus menguatkan azam dan keyakinan terhadap perjuangan kita. Jika kita mempunyai majoriti yang lebih besar, ia akan memberi pengaruh yang kuat, seterusnya merapatkan kita dengan pucuk pimpinan dan menembusi persefahaman demi kepentingan rakyat di negeri ini,'' katanya.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata demikian ketika berucap dalam majlis penutupan Seminar Jentera Pilihan Raya Ke-13 BN Tambunan, di sini semalam.

Yang turut hadir, Setiausaha BN Keningau yang juga Timbalan Ketua Bahagian PBS Tambunan, Datuk Daniel Kinsik dan para penyelaras Pusat Daerah Mengundi yang menghadiri seminar sehari tersebut.

Pairin turut mengingatkan ahli komponen BN supaya tidak ragu-ragu dalam perjuangan parti dan menegaskan perlunya ahli-ahli parti memainkan peranan dengan lebih efektif selepas PRU-13.

Dalam pada itu, beliau berkata, Bilik Gerakan BN di seluruh kawasan Tambunan akan mula beroperasi pada 1 Febuari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment