My Add

Sunday, 22 December 2013

BR1M bakal diperluas

* AHMAD Husni Hanadzlah (tengah) menyaksikan pertukaran memorandum penubuhan Pusat Penyelidikan Wakaf Antarabangsa antara Syed Ali Al-Attas (kanan) dan Zaleha Kamaruddin di Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR, SABTU, 21 Disember, 20o13: Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan diperluas kepada lebih banyak kumpulan sasar, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Menurutnya, perkara tersebut sedang dalam kajian di bawah pembentukan satu model baharu yang dihubungkan dengan langkah rasionalisasi subsidi kerajaan.

"Pada masa ini, kita sedang melihat seluruh bentuk langkah rasionalisasi subsidi ini kepada satu bentuk model baharu bagaimana untuk dikaitkan dengan BR1M.

"Model ini boleh memberi manfaat lebih tinggi berbanding sekarang dan kajian kita dijangka selesai tidak lama lagi. Kita percaya ia boleh diperluas kepada lebih banyak kumpulan sasar," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Wakaf serta menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) penubuhan Pusat Penyelidikan Wakaf Antarabangsa antara Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini hari ini.

Turut hadir, Rektor UIAM, Prof. Datuk Seri Dr. Zaleha Kamaruddin dan Presiden DPMM, Datuk Syed Ali Al-Attas.

Mengenai sistem wakaf, beliau berkata, sebuah pusat kerjasama antara kerajaan negeri akan diwujudkan manakala langkah UIAM dan DPMM menubuhkan pusat penyelidikan dan pangkalan data wakaf pula dapat menjamin pembangunan tanah wakaf secara teratur. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment