My Add

Sunday, 22 December 2013

Gobind diminta tidak cakap besar soal demokrasi

KUALA LUMPUR, SABTU, 21 Disember, 20`13: Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo diminta tidak sekadar hanya pandai cakap besar dalam soal amalan demokrasi sedangkan pada masa sama tidak menghormati amalan tersebut.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Insan Mulia, Aminah Abdullah berkata, Gobind sendiri menang dalam pemilihan Jawatankuasa DAP Selangor dengan 491 undi sahaja daripada 699 perwakilan yang hadir sedangkan 522 perwakilan lagi tidak hadir dalam pemilihan tersebut.

Berikut adalah kenyataan penuh Aminah:

l Gobind jangan hanya pandai cakap besar pasal amalan demokrasi tetapi tidak pandai hormati perlaksanaan demokrasi. Gobind hanya menang dalam pemilihan Jawatankuasa DAP negeri Selangor dengan mendapat 491 undi atas sebab jumlah kehadiran hanya 699 orang perwakilan sahaja. Gobind perlu rasa malu sebab seramai 522 perwakilan tidak hadir atas sebab yang tidak diketahui. Jika 522 orang ini hadir, sudah tentu Gobind akan kalah.

l Jumlah perwakilan yang sepatutnya hadir dan mengundi adalah 1,221 orang tetapi hanya 699 orang sahaja yang hadir. Kita ingin bertanya Gobind tentang mengapakah 522 orang tidak dijemput hadir dan mengundi. Apakah mereka yang bukan penyokong Gobind maka sebab itukah mereka tidak dijemput hadir.

l Kita juga minta penjelasan dari Gobind Singh bagaimana mesyuarat DAP Selangor boleh diadakan sedangkan korum tidak mencukupi untuk mengadakan pemilihan. Betulkah jikalau semua perwakilan hadir maka Gobind pasti kalah dalam pertandingan. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment