Oleh ANI AWANG dan AZELI ALI
PULAU PINANG, RABU, 25 Disember, 2013:Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua pihak supaya menjaga sensitiviti antara kaum dan tidak menyakiti satu sama lain termasuk antara orang Islam dan Kristian.
Perdana Menteri berkata, biarpun ada perbezaan dari segi akidah mengenai konsep ketuhanan antara agama Islam dan Kristian, ia tidak boleh dijadikan punca perbalahan yang akan menggugat hubungan antara kedua-dua agama itu.
"Islam dan Kristian adalah dua agama terbesar di dunia. Kedua-dua agama ini boleh dikatakan mempunyai asal usul yang sama, ada permulaan yang sama iaitu agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim.
"Meskipun dari segi akidah kita ada perbezaan, umpamanya dalam konsep Tuhan. Dalam Islam konsep Tuhan agak berbeza. Tetapi kalau kita sentiasa berbalah atas perkara ini, maka kita akan merenggangkan hubungan antara orang Islam dan orang Kristian,'' katanya ketika berucap merasmikan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Hari Krismas 2013 yang dihadiri 10,000 rakyat di Padang Kota Lama di sini hari ini.
Beliau berkata, daripada berbalah dan memilih jalan yang membawa kepada kerenggangan, lebih baik sama-sama mencari titik pertemuan dan persamaan antara dua agama.
"Kalau kita boleh mencari titik persamaan itu, maka kita pastinya boleh menempuh suasana yang menjurus kepada keamanan, keharmonian dan kestabilan," katanya.
Yang turut hadir, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz; Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Tambah Perdana Menteri, Malaysia bertuah kerana mempunyai tiga unsur iaitu keamanan, keharmonian dan kestabilan yang membolehkan semua pihak menyambut perayaan kaum lain dengan tenang dan selesa.
Tegas beliau, tiga unsur itu umpama oksigen yang dianggap perkara biasa apabila mampu digunakan, namun akan dihargai apabila manusia mengalami masalah sukar bernafas.
"Unsur itu mudah untuk disebut namun sukar dilaksanakan, jadi semua pihak perlu menekankan kebersamaan antara kita dan melupakan perbezaan yang menjarakkan kita.
"Konsep rumah terbuka seperti ini bukan untuk bersuka ria sahaja tetapi bagi berkongsi kegembiraan, kemewahan negara, berkongsi peluang dan hak eksklusif kita," ujarnya.
Selain itu Najib menegaskan, bukan hanya kerajaan, tetapi pihak swasta dan orang perseorangan juga perlu percaya konsep berkongsi tersebut bukan sahaja dalam sambutan Hari Krismas tetapi melihat aspek yang lebih besar untuk mencapai tiga unsur tersebut.
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan juga kata beliau, berjaya menaik taraf sambutan rumah terbuka ini sebagai satu acara nasional walaupun agama Islam ialah agama Persekutuan namun tidak menghalang agama lain menyambut perayaan masing-masing.
Jelas Najib, tiada negara lain di dunia ini yang mampu lakukan seperti di Malaysia yang memberi peluang kepada semua agama untuk merayakan sambutan masing-masing. - UTUSAN
![]() |
* NAJIBTun Razak bersama Mohamad Nazri Abdul Aziz (kiri) dan Joseph Kurup memegang replika gula-gula pada pelancaran Rumah Terbuka Malaysia Hari Krismas 2013 di Padang Kota Lama, Georgetown, Pulau Pinang, semalam. - BERNAMA |

No comments:
Post a Comment