My Add

Wednesday, 18 December 2013

Rafizi harus ambil peluang

 Abdul Gani, Rafizi Ramli
KUALA LUMPUR, SELASA, 17 Disember, 2013: Kenyataan Tan Sri Abdul Gani Patail membenarkan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli memeriksa akaun bank beliau membuktikan Peguam Negara itu sedia disiasat berhubung dakwaan sogokan berkaitan tuntutan bertindih Pulau Batu Putih.

Bekas Ahl Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata, Rafizi seharusnya mengambil kesempatan itu dan bukan berdolak-dalik kononnya mahu menyiasat akaun semua ahli keluarga Abdul Gani.

“Saya rasa ini menunjukkan bahawa dia tidak ikhlas mengenai perkara ini. Jika dia ikhlas dia nak siasat perkara ini, dia harus mengambil kesempatan ini dapat surat kuasa daripada Tan Sri Abdul Gani Patail dan menyiasat segala akaun dia," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam Abdul Gani berkata, beliau bersedia memberi surat kuasa kepada Rafizi untuk memeriksa akaun bank di mana-mana negara kononnya beliau menerima wang sogokan berkaitan tuntutan bertindih Pulau Batu Putih.

Menurut Abdul Gani, surat kuasa atau autoriti itu akan diberikan jika Rafizi mahu memeriksa akaun bank termasuk di Hong Kong kononnya berjuta-juta dolar dimasukkan ke atas nama beliau sebagai wang sogokan berkaitan kes didengar di Mahkamah Keadilan Antarabangsa tersebut.

Abdul Gani turut menjemput Rafizi ke pejabatnya pada bila-bila masa bagi mendapatkan surat kuasa jika mahu berbuat demikian.

Kesediaan itu dibuat setelah Rafizi sebelum ini memaklumkan bahawa PKR akan meminta kerjasama pihak berkuasa Hong Kong untuk menyiasat dakwaan salah laku Abdul Gani oleh bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim baru-baru ini.

Choo Keong percaya tindakan Rafizi itu hanya cubaan untuk mempolitikkan isu tersebut bertujuan mencemarkan imej Peguam Negara. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment