GEORGETOWN, RABU, 28 Mac, 2012: Seramai 66 murid Sekolah Kebangsaan Mutiara Perdana di Bayan Lepas dekat sini mengalami keracunan makanan selepas meminum susu soya yang dibekalkan sebuah syarikat pengeluar minuman tempatan pagi tadi.
Kesemua murid tersebut kemudiannya di bawa ke Hospital Pulau Pinang, Hospital Bayan Lepas dan Hospital Bayan Baru dan dirawat sebagai pesakit luar.
Seorang murid, J Thanighesh, 12, berkata susu itu berasa sedikit masam dan berbau aneh.
"Saya rasa pening dan loya selepas meminumnya sedikit, jadi saya terus buang ke dalam tong sampah," katanya mengenai kejadian itu yang berlaku kira-kira jam 10 pagi tadi.
Pengarah Pelajaran Negeri, Ahmad Tarmizi Kamaruddin yang meninjau sekolah berkenaan berkata, pihaknya menarik balik kebenaran yang diberikan kepada syarikat itu untuk membekalkan susu di seluruh Pulau Pinang berkuat kuasa serta merta. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment