My Add

Wednesday, 28 March 2012

BR1M, BB1M tidak guna wang subsidi: Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, RABU, 28 Mac, 2012: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini menafikan dakwaan pembangkang kerajaan menggunakan subsidi bagi menampung dana pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Baucer Buku 1Malaysia (BB1M). 

"Dalam Belanjawan 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sudah memperuntukkan RM1.98 bilion untuk subsidi minyak, jadi isu ini adalah tidak benar," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Bangunan Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab kenyataan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail, daripada Parti Keadilan Rakyat yang mendakwa peruntukan BR1M dan BB1M diambil daripada subsidi yang diperuntukkan kepada rakyat.
Ismail Sabri berkata, tohmahan itu dibuat semata-mata untuk mengaburi mata rakyat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment