My Add

Wednesday 28 March 2012

Rebat elektrik RM20 ke bawah dilanjutkan hingga akhir tahun

PUTRAJAYA, RABU, 28 Mac, 2012: Kerajaan melanjutkan tempoh bagi rebat elektrik RM20 dan ke bawah sehingga hujung tahun ini, kata Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui hari ini. 

Beliau berkata, 1.08 juta pengguna domestik di seluruh negara yang menggunakan elektrik sebanyak RM20 dan ke bawah sebulan akan terus menikmati rebat itu.

"Ini adalah salah satu usaha dan keprihatinan kerajaan dan kementerian ini untuk memberi tumpuan dalam meringankan beban kewangan rakyat dengan melanjutkan tempoh bagi rebet elektrik sehingga Disember tahun ini.

"Kerajaan membelanjakan RM141 juta setahun bagi membiayai pemberian rebat ini," katanya pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kementerian itu bagi tahun 2011 di sini.

Chin berkata, kerajaan memperkenalkan program pengecualian daripada membayar bil elektrik bulanan sebanyak RM20 dan ke bawah bermula Oktober 2008 khusus kepada pengguna domestik daripada golongan berpendapatan rendah. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment