KUALA LUMPUR, RABU, 28 Mac, 2012: Kerajaan menawarkan insentif sebanyak RM2,300 kepada petani tembakau untuk beralih kepada tanaman kenaf, sejajar dengan dasar kerajaan untuk menghentikan penanaman tembakau mulai 2020.
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainudin, berkata kerajaan sudah mengenal pasti kenaf sebagai tanaman alternatif kepada tembakau dan bermatlamat memajukannya sebagai satu sumber mampan yang baru bagi pertumbuhan pendapatan.
Pengenalan kenaf sebagai satu tanaman alternatif juga sejajar dengan inisiatif hijau yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan, katanya sambil menyatakan langkah itu bertujuan melengkapi pengeluaran tanaman tembakau yang semakin berkurangan berikutan beberapa faktor serta akan mempelbagaikan pasaran komoditi Malaysia.
Kenaf yang berasal dari Sudan, adalah tanaman keras yang diusahakan bagi mendapatkan serat dan teras kayunya.
Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan "Forum Tembakau Asia Kedua" di ini, hari ini, beliau berkata penurunan pengeluaran tembakau di negara ini antara lain adalah kerana kempen anti-tembakau di seluruh dunia. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment