My Add

Wednesday 28 March 2012

Bangunan baru kerajaan diwajib sediakan taska

KUALA LUMPUR, RABU, 28 Mac, 201: Semua bangunan baharu milik kerajaan selepas ini diwajib menyediakan taman asuhan kanak-kanak (taska) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kei berkata, sehingga kini hanya 60 buah taska di bangunan sektor awam ditubuhkan.

Katanya, langkah mewajibkan bangunan baharu menyediakan taska adalah sebagai satu strategi untuk meningkatkan bilangan wanita dalam pasaran pekerjaan.

"Sebelum ini terdapat beberapa kekangan untuk menubuhkan taska, antaranya tiada ruang sesuai, kos pembiayaan yang tinggi serta kesukaran mendapat pengasuh terlatih.

"Namun dalam kes bangunan kerajaan yang baharu, kita mewajibkan taska ditubuhkan" katanya semasa menggulung perbahasan kementerian itu di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Menurutnya, dalam usaha menggalakkan sektor swasta menubuhkan taska pula, kerajaan membenarkan potongan cukai sebanyak 10 peratus kepada mana-mana syarikat yang terlibat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment