My Add

Wednesday 28 March 2012

SMS Speaker: Memorandum BN kepada Sultan Selangor

SHAH ALAM, RABU, 28 Mac, 2012: Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan mengambil langkah tertentu bagi membantah tindakan Speaker DUN, Datuk Teng Chang Khim menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) pada persidangan DUN itu, semalam. 

Mereka menyifatkan tindakan Teng yang menggesa anggota EXCO kerajaan negeri supaya membahaskan kejayaan empat tahun pentadbiran pakatan pembangkang di Selangor sebagai berat sebelah dan tidak profesional.

Ketua Penerangan UMNO Selangor, Abdul Shukor Idrus, berkata antara tindakan yang difikirkan ialah menghantar memorandum kepada Sultan Selangor bagi membantah tindakan itu.

BN adalah pembangkang dalam DUN Selangor. 

Semalam, enam anggota DUN dari BN bertindak keluar dewan kerana membantah SMS itu dengan menyifatkannya sebagai berat sebelah oleh Speaker berkenaan. 

Teng ketika mengulas perkara itu semalam menjelaskan bahawa beliau secara tidak sengaja menghantar SMS itu kepada anggota DUN Bebas, Datuk Dr Hasan Ali kerana nama beliau masih diletakkan sebagai EXCO dalam telefon Teng. 

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Program Rapat 1Malaysia bersama Kesatuan Kakitangan Umum Universiti Teknologi Mara (KKUUiTM) di sini, hari ini, Abdul Shukor, ADUN Kuang berkata, sebagai Speaker Teng harus bebas, adil dan bertanggungjawab dalam mengendalikan sidang DUN. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment