My Add

Thursday 29 March 2012

Saman Ummi Hafilda pula kalau berani - Aminah

PULAU PINANG, RABU, 28 Mac, 2012: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar supaya menyaman saksi utama kes liwatnya pada 1998, Ummi Hafilda Ali selepas bertindak demikian terhadap Datuk S. Nallakaruppan.

Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Aminah Abdullah ketika mencabar Anwar berbuat demikian berkata, sudah sampai masa tindakan saman diambil terhadap Ummi Hafilda jika Ketua Pembangkang itu yakin dirinya difitnah.

"Pertama, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi syabas kepada Anwar kerana akhirnya berani menyaman Nallakaruppan.

"Bagaimanapun, tindakan itu tidak mencukupi kerana Ummi Hafilda juga banyak mengadakan siri ceramah di seluruh negara bagi mendedahkan rahsianya. Jadi saya cabar beliau (Anwar) saman Ummi pula kalau berani," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini....

No comments:

Post a Comment