KUALA LUMPUR, EABU, 28 Mac, 2012: Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) melancarkan portal rasmi yang dapat menyalurkan maklumat pencegahan rasuah dengan pantas, efisien dan interaktif.
Pengarahnya, Timbalan Pesuruhjaya Abdul Wahab Azizi berkata, portal itu antara kriteria bagi mencapai bidang keberhasilan utama dengan meningkatkan imej akademi tersebut sebagai pusat kecemerlangan.
"Kewujudan portal ini diharap dapat memantapkan kolaborasi dan menggiatkan lagi jalinan kerjasama antara MACA dengan badan antarabangsa seperti Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), Bank Pembangunan Asia (ADB) serta Institut Pencegahan Jenayah dan Layanan terhadap Pesalah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Asia dan Timur Jauh (UNAFEI),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, MACA juga dapat menjalin kerjasama dengan agensi penguatkuasa dalam negara, selain menjadi rujukan orang awam. — BERNAMA
No comments:
Post a Comment