My Add

Saturday 23 June 2012

2.6 juta rakyat Malaysia hidap diabetes

Oleh FAZRINA AYU RADUIAN
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 22 Jun, 2012: Bilangan penghidap diabetes di negara ini semakin membimbangkan dengan peningkatan 31 peratus dalam tempoh hanya lima tahun, meskipun pelbagai usaha menanganinya telah dijalankan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman berkata, peningkatan itu begitu drastik jika dibandingkan pada 2006 iaitu hanya 11.6 peratus penghidap bagi setiap orang dewasa Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.

“Ini menjadikan 2.6 juta penduduk Malaysia didapati menghidap diabetes berdasarkan laporan kaji selidik oleh Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) tahun lepas," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Diabetes Kebangsaan 2012 bertemakan Ke Arah Pencegahan dan Pengawalan diabetes yang lebih baik.

Turut hadir Presiden Persatuan Diabetes Malaysia, Prof. Datuk Ikram Shah Ismail. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment