My Add

Saturday 23 June 2012

Pesakit, kakitangan panik Hospital Teluk Intan terbakar

 *DOKTOR, jururawat dan petugas Hospital Teluk Intan bertungkus-lumus memindah pesakit ke kawasan selamat selepas Blok A hospital tersebut terbakar dan selubungi asap tebal petang semalam. - Utusan/Ain Safre Bidin
TELUK INTAN, JUMAAT, 22 Jun, 201: Pelawat dan pesakit Hospital Teluk Intan (HTI) di sini, kecoh serta panik apabila bangunan Blok A hospital itu terbakar dan diselubungi asap tebal, petang ini.

Kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas di kawasan yang terlibat dan kerja-kerja penyelenggaraan lif di blok tersebut yang menempatkan wad-wad pesakit.

Kejadian kira-kira pukul 4 petang itu menyebabkan suasana kelam-kabut dalam kalangan pelawat dan pesakit yang melihat kepulan asap memenuhi segenap ruang wad di blok berkenaan.

Kakitangan hospital bertungkus-lumus mengeluarkan berpuluh-puluh pesakit yang terdiri daripada bayi, warga emas dan kanak-kanak ke tempat selamat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment