*MUHAMMAD Ali (kiri) menunjukkan laporan polis selepas mendakwa ditipu seorang imam yang menawarkan pakej mengerjakan haji di Tumpat, semalam.
TUMPAT, JUMAAT, 22 Jun, 2012: Seramai 35 warga emas mendakwa kerugian lebih RM350,000 akibat ditipu oleh seorang imam di daerah ini yang menawarkan pakej untuk mengerjakan ibadat haji kepada mereka.
Kumpulan warga emas berkenaan mendakwa, mereka menyerahkan wang kepada imam berkenaan sejak awal tahun 2010 lalu, namun sehingga hari ini belum dapat menunaikan ibadat tersebut atas pelbagai alasan.
Seorang mangsa, Muhammad Ali, 70, yang merupakan guru Pondok Berangan mendakwa, dia sedih dengan apa yang berlaku kerana mereka menjadi mangsa penipuan itu termasuk anak-anak muridnya yang sudah lanjut usia.
Lebih menyedihkan, ada dalam kalangan muridnya sanggup mengeluarkan wang dari Tabung Haji semata-mata untuk mengerjakan haji menerusi pakej ditawarkan imam berkenaan dengan sebuah syarikat yang beroperasi di Selangor. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment