My Add

Wednesday 13 June 2012

4 beradik dibawa pulang dari Kerala selepas ditinggal 15 tahun


*PENGERUSI Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhd Khairun Aseh (duduk, tengah) mendengar sesuatu yang diperkatakan oleh Fatimah Abdullah (kanan) mengenai keadaan cucunya Mohd Yusoff Mohd Ali (kiri), di Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO di Kuala Lumpur, hari ini. Mohd Yusoff bersama ibu dan empat adiknya merupakan rakyat Malaysia yang terkandas di India selama 15 tahun. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, RABU, 13 Jun, 2012: Hasrat empat warga Malaysia yang mahu kembali ke negara ini selepas ditinggalkan bapa mereka di Kerala, India sejak 15 tahun lalu akibat passport tamat tempoh berjaya dibawa pulang oleh Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, hari ini.

Kepulangan keempat-empat individu terbabit disambut gembira nenek mereka, Fatimah Abdullah, 68 dan ahli keluarga yang lain di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) pada jam 1 pagi tadi.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhd Khairun Aseh Che Mat, berkata usaha membawa pulang individu berkenaan sudah dijalankan sejak dua tahun lalu selepas pihaknya menerima aduan daripada ibu saudara mereka, Rukkiya Ibrahim, 39 pada Disember 2009.

"Kami terpaksa pergi ke sana dua kali iaitu pada Julai dan November 2011 bagi mendapatkan kebenaran serta pelepasan daripada Kerajaan India untuk membawa pulang mereka," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO Malaysia di sini, hari ini.

Khairun berkata, empat individu berkenaan termasuk ibu kandung dan adik bongsu mereka yang mempunyai taraf kerakyatan India akan dibawa pulang ke kampung halaman mereka di Simpang Pertang, Jelebu, Negeri Sembilan.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya sedang mencari bapa kandung kepada empat individu terbabit, Mohd Ali Maniam, 51, yang dipercayai bekerja sebagai penebar roti canai di Singapura. - BERITA HARIAN ONLINE

No comments:

Post a Comment