My Add

Friday, 22 June 2012

Agong terima wang syiling peringatan sempena pertabalan


*YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menerima wang syiling peringatan sempena pertabalan baginda pada April lalu oleh Timbalan Gabenor Bank Negara, Datuk Muhammad Ibrahim pada majlis mengadap mempersembahkan Syiling Peringatan di Istana Negara, hari ini. Turut menerima persembahan itu Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 22 Jun, 2012: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini berkenan menerima persembahan wang syiling peringatan yang dikeluarkan sempena pertabalan baginda pada April lalu. 

Tuanku Abdul Halim menerima persembahan itu bersama Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah di Istana Negara, di sini.

Dua set wang syiling yang setiap satu mengandungi tiga keping syiling peringatan itu dipersembah oleh Timbalan Gabenor Bank Negara, Datuk Muhammad Ibrahim.

Turut hadir Penolong Gabenor Bank Negara, Abu Hassan Alshari Yahaya dan Pengarah Jabatan Pengurusan Fasiliti Bank Negara, Azmi Abd Hamid. 

Bank Negara akan mengeluarkan kenyataan mengenai tarikh pengedaran wang syiling peringatan itu dalam masa terdekat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment