My Add

Saturday 23 June 2012

Azizan perlu bertanggungjawab - Perkasa

ALOR SETAR, JUMAAT, 22 Jun, 2012: Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak perlu bertanggungjawab terhadap pertambahan pusat hiburan baru di negeri ini termasuk sebuah pusat hiburan terbesar di Mergong yang dikatakan akan dibuka hujung bulan ini.

Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Kota Setar, Datuk Yusuf Ismail berkata, kerajaan Pas Kedah tidak boleh menuding jari kepada pegawai kerajaan kononnya tidak menguatkuasakan Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1997.

"Azizan boleh mengambil tindakan terhadap pusat hiburan ini kerana sebagai ketua kerajaan, kuasa terletak pada beliau.

"Jika beliau memberi arahan untuk tidak luluskan sebarang pusat hiburan baru, maka pegawai kerajaan tidak akan beri permit," katanya.

Beliau diminta mengulas mengenai pendedahan Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Alor Setar, Zulkifli Yahya yang mendakwa pertumbuhan pusat hiburan baru di negeri itu berpunca daripada sikap segelintir pegawai kerajaan negeri tidak menguatkuasakan Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1997. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment