My Add

Saturday 23 June 2012

Perhimpunan Bersih 4.0 ditangguh

KUALA LUMPUR, JUMAAY, 22 Jun, 2012: Perhimpunan Bersih 4.0 yang dijadual berlangsung esok di Stadium Bukit Jalil terpaksa ditangguhkan berikutan lokasi itu tidak dapat digunakan kerana sedang dalam proses pengubahsuaian.

Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga-Peniaga Kuala Lumpur, Datuk Jamal Md. Yunos berkata, Stadium Merdeka dipilih sebagai lokasi alternatif, bagaimanapun, sehingga kini masih belum mendapat jawapan daripada pengurusan stadium itu.

‘‘Sehubungan itu, perhimpunan ini terpaksa ditunda kepada satu tarikh mungkin sebelum bermulanya Ramadan sekiranya mendapat kebenaran menggunakan stadium tersebut.

“Walaupun acara ini ditangguhkan, kami akan memastikan perhimpunan itu direalisasikan bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa kami boleh berhimpun secara aman di satu tempat tertutup dan bukan seperti perhimpunan haram Bersih 3.0 lalu," katanya ketika ditemui di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment