My Add

Saturday, 23 June 2012

Perebutan Geran Selangorku RM300j punca krisis

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 22 Jun, 2012: Krisis dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor dipercayai berpunca ekoran perebutan dua kumpulan dalam parti itu terhadap Geran Selangorku berjumlah RM300 juta di bawah Perbadanan Menteri Besar (MBI) negeri berkenaan.

Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, pertelingkahan antara kem Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Pengerusi PKR negeri, Azmin Ali bukan lagi rahsia umum, malah semakin memuncak.

"Saya tidak akan terkejut sekiranya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada bulan Julai ini bakal berlaku kejutan yang lebih besar melibatkan parti-parti dalam pakatan yang tidak berpuas hati dengan Menteri Besar.

"Tempoh sudah semakin singkat dan wang juga harus dihabiskan dalam waktu yang singkat. Mereka tidak akan menghiraukan prosedur kewangan kerana hendak sapu wang dalam Geran Selangorku sampai licin," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysiadi sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment