My Add

Monday 4 June 2012

Azmin perlu jawab tuduhan secara 'anak jantan'

KUALA LUMPUR, AHAD, 03 Jun, 2012: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali perlu menjawab pelbagai isu serta tuduhan yang dilemparkan terhadapnya secara 'anak jantan' dan terbuka.

Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Mohd. Zahid Md. Arip berkata, berdiam diri adalah langkah 'penakut' kerana dakwaan demi dakwaan terhadap beliau dilakukan secara terbuka.

Sambil menolak gesaan supaya Azmin bercuti atau berundur, jelasnya, tindakan mendiamkan diri tidak akan menyelesaikan masalah.

"Azmin kena jawab secara terbuka, secara anak jantan. Kalau terus membisu saya anggap dia seperti 'pondan tua'. Ingat pepatah Melayu 'berani kerana benar, takut kerana salah'," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas ruangan Bisik-Bisik Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia hari ini yang menyenaraikan pelbagai isu berkaitan Azmin antaranya dakwaan mengenai aset yang dimiliki bersama isterinya, Shamsidar Taharin yang mencecah RM30 juta pada tahun 1990-an. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment