My Add

Monday 4 June 2012

Pas perlu buktikan bukan 'pak turut' DAP, PKR

KEPALA BATAS, AHAD, 03 Jun, 2012: Pas perlu membuktikan ia memiliki suara di dalam pakatan pembangkang dan bukannya hanya sebagai 'pak turut' kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekiranya berhasrat untuk menggantikan UMNO sebagai parti utama orang Melayu-Islam.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, ini kerana di dalam pakatan pembangkang tidak tahu siapa parti utama, bukan seperti Barisan Nasional (BN) iaitu UMNO adalah tunjang utama di samping parti-parti komponen yang lain.

Menurutnya, Pas hendaklah menjadi tunjang di dalam pakatan pembangkang terlebih dahulu sebelum berhasrat menjadi parti tunggal membela orang Melayu dan Islam di negara ini.

"Pas ternyata berbeza dengan UMNO yang kini menjadi teras kepada BN kerana mereka sendiri gagal memiliki kerusi yang lebih berbanding komponen pakatan pembangkang yang lain. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment