SHAH ALAM, ISNIN, 11 Jun, 2012: Barisan Nasional (BN) negeri akan menghantar wakilnya dalam Forum Air Selangor 2012 yang dianjurkan oleh Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini esok.
Koordinatornya, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, meskipun tidak mendapat jemputan rasmi, pihaknya akan menghadiri forum terbuka itu bagi mendengar sendiri alasan kerajaan negeri berhubung keengganan mereka untuk menangani masalah krisis bekalan air bersih di negeri ini.
Pada masa sama, beliau menyatakan masalah bekalan air di negeri ini bukannya berpunca daripada kekurangan air mentah tetapi bekalan air terawat yang dilihat semakin kritikal berikutan loji rawatan air beroperasi melebihi kapasiti pengeluarannya.
''Malah ada loji rawatan air di negeri ini telah melangkaui tujuh peratus operasi pengeluaran mereka yang sepatutnya. Kalau kerajaan negeri tidak ambil serius keadaan itu, ia sudah tentu akan membawa kepada kesan buruk terhadap krisis bekalan air terawat di negeri ini. - UTUSAN
...
No comments:
Post a Comment