*SHAHRIL Azuar Jimin (tengah) menyampaikan cenderamata kepada Dr. Mashitah Ibrahim sambil diperhatikan David Mclean (kanan) di Persidangan Takaful Dunia-Sidang Kemuncak Takaful Keluarga di Kuala Lumpur, semalam.
Oleh FAIRUS KASSIM
KUALA LUMPUR, ISNIN, 11 Jun, 2012: Pasaran takaful keluarga tempatan dijangka mencecah RM7.2 bilion dalam tempoh dua tahun akan datang berbanding RM4.2 bilion ketika ini.
KUALA LUMPUR, ISNIN, 11 Jun, 2012: Pasaran takaful keluarga tempatan dijangka mencecah RM7.2 bilion dalam tempoh dua tahun akan datang berbanding RM4.2 bilion ketika ini.
Ketua Pegawai Komersial Etiqa Insurance & Takaful, Shahril Azuar Jimin berkata, peningkatan sebanyak RM3 bilion itu disokong oleh peningkatan pemain dan juga pertambahan ejen yang berpengalaman.
Katanya, takaful keluarga merupakan penyumbang terbesar industri takaful yang dianggarkan berjumlah RM5 bilion dan merekodkan pertumbuhan kira-kira 20 peratus setiap tahun.
"Pertumbuhan takaful jauh lebih baik berbanding insurans konvensional tetapi masih kecil dari segi penguasaan pasaran iaitu 11 peratus sahaja.
"Bilangan ejen ketika ini juga telah melebihi 100,000 orang berbanding 10,000 orang pada 10 tahun lalu," katanya pada Persidangan Takaful Dunia-Sidang Kemuncak Takaful Keluarga yang berlangsung di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim dan Ketua Eksekutif Persidangan Takaful Dunia, David Mclean.
Shahril Azuar berkata, sambutan pelanggan takaful bukan Muslim juga meningkat dengan baik berikutan faedah unik yang ditawarkan.
"Bagi segmen takaful biasa, 40 peratus penyumbang adalah bukan Muslim manakala suku daripada keseluruhan pelanggan segmen takaful keluarga adalah dari golongan berkenaan," jelasnya.
Sementara itu, Mclean berkata, bagi pasaran antarabangsa, takaful keluarga dijangka mencecah AS$4.3 bilion (RM13.33 bilion) dalam tempoh lima tahun akan datanga. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment