My Add

Tuesday, 12 June 2012

Bookie Piala Dunia dalangi Euro

Oleh ANGELINA SINYANG
KUALA LUMPUR, ISNIN, 11 Jun, 2012: Biarpun pernah ditangkap dan dikenakan tindakan tegas kerana mendalangi sindiket perjudian bola sepak semasa kejohanan Piala Dunia, dua tahun lalu, namun ramai bookie yang sama tidak serik untuk menjadi penaja aktiviti haram itu pada Kejohanan Bola Sepak Eropah (Euro) 2012 yang berlangsung ketika ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, polis berjaya menumpaskan banyak sindiket perjudian bola sepak sepanjang kejohanan Piala Dunia 2010 dan merampas wang pertaruhan berjumlah kira-kira RM500 juta.

Bagaimanapun, katanya, sindiket sama dipercayai kembali aktif melakukan kegiatan haram itu menjelang Euro 2012 yang bermula Jumaat lalu.

"Aktiviti perjudian bola sepak yang beroperasi secara atas talian semasa Euro 2012 digerakkan oleh sindiket sama yang dikesan semasa kejohanan Piala Dunia 2010.

Sindiket judi cecah RM100,000 ditumpaskan

Manakala di PULAU PINANG, polis percaya dapat menumpaskan satu sindiket judi Kejohanan Bola Sepak Eropah (Euro) 2012 yang mengaut wang pertaruhan mencecah RM100,000 setiap perlawanan sejak kejohanan itu bermula Jumaat lalu, dalam satu serbuan malam tadi.

Dalam serbuan kira-kira pukul 7.45 malam di sebuah kedai minuman di Jalan Datuk Keramat di sini yang dijadikan markas sindiket itu, tiga lelaki termasuk seorang warga emas berusia 79 tahun disyaki bookie diberkas.

Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, Deputi Supritendan Zailani Amit berkata, ketika ditahan kesemua suspek leka menjalankan urus niaga melalui Internet.

"Siasatan awal polis mendapati suspek warga emas pernah terbabit dengan kesalahan sama ketika Piala Dunia 2010 lalu," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment