My Add

Tuesday 26 June 2012

Pas tabur janji kerana pilihan raya umum

KOTA BHARU, ISNIN, 25 Jun, 2012: Keghairahan Kerajaan Pas Kelantan menabur janji melaksanakan projek mega dipercayai berpunca daripada pilihan raya umum yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

Pengerusi Gerakan Tukar Rakyat, Kamarudin Mohd. Kasim mendakwa, taktik tersebut sudah dapat dihidu kerana seperti biasa setiap kali menjelang pilihan raya umum, Kerajaan Pas Kelantan akan tampil dengan pelbagai janji projek baru.

Dakwanya, salah satu contoh yang boleh dilihat adalah pembinaan stadium di Bukit Merbau yang diumumkan Mei tahun lalu tetapi upacara pecah tanahnya hanya dicadangkan dilakukan pada bulan Mac lalu.

"Ini jelas apabila Pas menjangka pilihan raya umum pada bulan Mac lalu, maka mereka kata nak buat pecah tanah bulan Mac, tetapi bila tiada pilihan raya akhirnya majlis itu juga tidak dibuat langsung," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment