My Add

Tuesday 12 June 2012

Pemuda UMNO bantu bayi hidap masalah i jantung

*MUHD. Khairun Aseh (tengah) bertanya sesuatu kepada Badariah Rahmat mengenai bayi keadaan Nur Qaisara yang menghidap masalah komplikasi jantung sambil diperhatikan Muinuddin Mohamed di Hospital Gleneagles, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR, ISNIN, 11 Jun, 2012: Penderitaan Nur Qaisara Muinuddin yang menghidap masalah komplikasi jantung mendapat perhatian Biro Aduan Komuniti Pergerakan Pemuda UMNO yang tampil menghulurkan bantuan bagi menampung kos rawatan bayi malang tersebut.

Pengerusi biro berkenaan, Datuk Muhd. Khairun Aseh berkata, penderitaan Nur Qaisara yang baru berusia 42 hari itu amat serius memandangkan anak sulung kepada Muinuddin Mohamed, 26, dan Badariah Rahmat, 27, dilahirkan dengan masalah jantung kronik.

Sehubungan itu, katanya, Pemuda UMNO menghulurkan wang pendahuluan sebanyak RM5,000 kepada ibu bapa bayi yang dilahirkan di Hospital Teluk Intan, Perak itu bagi menampung kos pembedahan Nur Qaisara. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment