My Add

Sunday 3 June 2012

Bukti PM dengar suara rakyat

KOTA KINABALU, SABTU, 02 Jun, 2012: Kerajaan Negeri Sabah mengalu-alukan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menangani masalah berkaitan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah oleh Perdana Menteri semalam.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman menegaskan bahawa kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sebuah kerajaan yang mendengar denyut nadi suara rakyat.

"Pembangkang jangan sesekali mempolitikkan perkara ini dengan mendakwa ia (RCI) adalah hasil perjuangan mereka. Ini adalah perjuangan yang dibuat oleh parti-parti komponen BN termasuk UMNO," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Musa, pihaknya akan memberikan komitmen dan sokongan sepenuhnya membantu kerajaan Persekutuan bagi melancarkan segala urusan berkaitan RCI. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment