My Add

Sunday 3 June 2012

PTPTN catat 1.2 juta pendeposit SSPN

KUALA KRAU, SABTU, 02 Jun, 2012: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berjaya mengumpul sebanyak RM605.43 juta daripada 1.2 juta pendeposit melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sehingga 31 Mac lalu.

Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, simpanan itu dijangka bertambah berikutan keputusan PTPTN mengenakan syarat bahawa para pelajar yang ingin memohon pinjaman ke institusi pengajian tinggi (IPT) perlu mempunyai akaun SSPN dengan simpanan minimum RM20 sahaja bermula tahun ini.

Menurutnya, PTPTN memperkenalkan instrumen simpanan bertujuan menggalakkan budaya menabung di kalangan ibu bapa bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak mereka.

"Skim itu membolehkan ibu bapa merancang dana pembiayaan pendidikan anak-anak untuk melanjutkan pengajian di IPT tanpa masalah kewangan," katanya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment