My Add

Tuesday 12 June 2012

Saya akan terus berjuang satukan umat - Harussani

KUALA LUMPUR, ISNIN, 11 Jun, 2012: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berikrar akan terus memperjuangkan perpaduan umat Islam di negara ini walaupun langkah itu tidak disenangi pihak-pihak tertentu.

Katanya, beliau tidak akan mempedulikan apa jua yang dikatakan pihak-pihak berkenaan berhubung usaha itu memandangkan perjuangan menyatukan umat Islam merupakan perintah Allah SWT yang jelas tercatat di dalam al-Quran.

Dalam keadaan perpaduan umat Islam di Malaysia yang disifatkan sebagai 'begitu teruk', tegas beliau, menjadi kewajipan kepadanya untuk berusaha melaksanakan perintah Allah SWT tersebut.

"Kita jangan lupa perintah untuk menyatukan umat ini adalah perintah daripada Allah dan mengapa perintah ini tidak kita laksanakan?

"Di dalam al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyebut perintah ini antaranya 'berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah dan jangan kamu berpecah-belah (Surah Ali-Imran, ayat 103)," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment