My Add

Wednesday, 13 June 2012

Dua mengaku bersalah abai 30 ekor kucing

PETALING JAYA, SELASA, 12 Jun, 2012: Dua lelaki yang mengendalikan pusat jagaan kucing sementara mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap 30 pertuduhan mengabaikan kebajikan 30 ekor kucing hingga menyebabkan kesakitan dan penderitaan terhadap haiwan itu, tahun lepas.

Shahrul Azuan Adanan, 29, dan Yushairi Khairuddin, 29, yang merupakan orang kena saman, hari ini menukar pengakuan kepada bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret K B Elena Hong Tze Lan.

Pada Disember lepas, mereka mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan itu.

Bagi 30 pertuduhan itu, Shahrul Azuan dan Yushairi didakwa dengan niat bersama telah mengabaikan kebajikan memberi makanan dan minuman serta tempat penyimpanan dan penjagaan, tanpa sebab munasabah yang menyebabkan kesakitan dan penderitaan terhadap kucing-kucing tersebut.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pusat jagaan kucing itu, di Petknode Online Pet Store, No. F001B, Level 1, Plaza Seasons Square Jalan PJU 10/3, Damansara Damai, Selangor, antara 3 hingga 4 September 2011.

Mahkamah menetapkan 28 Jun untuk menjatuhkan hukuman. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment