KOTA BAHARU, SELASA, 12 Jun, 2012:: Jabatan Imigresen Kelantan menahan 15 rakyat Myanmar dan merampas beberapa peralatan percetakan dipercayai digunakan dalam pemalsuan dokumen perjalanan dan wang palsu di sebuah premis perniagaan di sini hari ini.
Pengarahnya, Mahasan Mustopa berkata, mereka yang berusia antara sembilan dan 30 tahun itu ditahan bersama sebuah komputer riba, komputer peribadi, mesin pengimbas dan pencetak yang dipercayai digunakan dalam pemalsuan itu.
"Turut dirampas wang tunai Malaysia RM9,084, wang palsu Myanmar dan wang palsu Bangladesh," katanya kepada pemberita ketika
ditemui di tempat kejadian, hari ini.
Serbuan ke atas premis tersebut melibatkan anggota penguat kuasa daripada Jabatan Imigresen Kelantan, Majlis Perbandaran Kota Baharu dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Premis itu dipercayai dijadikan pusat aktiviti harian rakyat Myanmar yang tinggal di Kelantan untuk mendapatkan bekalan makanan, ubat-ubatan dan minuman keras yang dijual secara haram di premis itu.- BERNAMA
No comments:
Post a Comment