My Add

Saturday 2 June 2012

Ekonomi negara dijangka terus baik

BACHOK, JUMAAT, 01 Jun, 2012: Ekonomi negara dijangka terus mencatat pertumbuhan yang baik berdasarkan kemampuan daya saing negara, di sebalik kedudukan ekonomi dunia yang tidak menentu.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, prestasi ekonomi negara dijangka kekal pada kedudukan antara terbaik di dunia, sekali gus memberi impak positif kepada pelabur asing untuk terus menanam modal di sini.

Beliau berkata, pada tahun lalu, ekonomi negara berada di kedudukan ke-14 terbaik dunia dan ia menambah keyakinan kepada para pelabur asing.

“Walaupun tertekan pada 2009, ekonomi negara mulai mencatat pemulihan pada 2010 dan 2011," katanya kepada pemberita selepas merasmikan gelanggang futsal dan Liga Sukan Bachok di Kampung Alor Bakat, Melor, di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Kelantan, Mohd. Salsuzi Zakaria dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr. Ilias Hussin. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment