My Add

Saturday, 2 June 2012

Pengasuh ditahan reman bantu siasatan kes kematian bayi

BATU PAHAT, JUMAAT, 01 Jun, 2012: Seorang pengasuh berusia 42 tahun ditahan reman hari ini bagi membantu siasatan kes kematian bayi perempuan berusia empat bulan yang di bawah jagaannya.

Laporan perubatan menunjukkan bayi malang itu, Lim Xiu Yao (gambar), mati lemas akibat ditekup dengan sesuatu di bahagian muka dan meninggal dunia kelmarin.

Mangsa sebelum ini dikatakan hilang sejak kelmarin ketika berada di bawah jagaan suspek sebelum mayatnya ditemui di sebalik pokok hiasan di sebuah tasik di sini pukul 7 malam tadi oleh orang awam yang berjoging di situ.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, pengasuh yang merupakan seorang ibu tunggal itu direman selama seminggu bermula hari ini.

Bagaimanapun, suspek yang patah kaki masih dirawat di Hospital Batu Pahat dan diletakkan di bawah kawalan polis. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment