KUALA LUMPUR, JUMAAT, 22 Jun, 2012: Tidak disangka-sangka, baru setahun bekerja sudah mendapat penghargaan majikan hasil prestasi dan komitmen kerja yang ditunjukkan dengan ganjaran kereta Suzuki Swift.
Pengerusi Kumpulan Khairul, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, hadiah tersebut merupakan cara syarikat menghargai para pekerja yang menunjukkan prestasi yang baik.
"Selain hadiah kenderaan bagi Anugerah Pekerja Dedikasi yang dimenangi oleh Nur Hafidzah Mohd. Yusuff, dua orang pekerja mendapat pakej umrah bagi Anugerah Pekerja Setia yang mana mereka telah bekerja lebih lima tahun," katanya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment