My Add

Friday 1 June 2012

Festival Belia Putrajaya ganti Himpunan Jutaan Belia

PUTRAJAYA, KHAMIS, 31 Mei, 2012: Bermula tahun depan, Kementerian Belia dan Sukan akan menjenamakan semula karnival Himpunan Jutaan Belia kepada Festival Belia Putrajaya.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, cadangan tersebut telah dibincangkan dan diterima baik Kabinet dalam mesyuarat semalam.

Katanya, ini kerana kerajaan percaya penjenamaan baru itu akan melonjakkan imej himpunan tersebut ke satu tahap yang baru.

"Selepas tiga tahun himpunan ini diadakan di Putrajaya dan berjaya menarik sebegitu ramai belia menyertainya, sudah sampai masanya ia diberikan jenama yang lebih baik.

"Penganjuran di bawah jenama baru ini akan mampu menarik lebih ramai belia dan keluarga turut serta dalam pelbagai acara dan aktiviti yang sesuai untuk semua golongan masyarakat," katanya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment